Salam,
Rata-rata wanita diluar sana pasti penah merasai kesakitan semasa period kan.
Entry kali ini saya nak cerita apa yang membuatkan saya jatuh cinta pada GLA complex Shaklee. Mungkin masih ada diantara anda diluar sana yang tidak tahu bahawa Shaklee juga ada evening primrose oil (EPO).
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing. oleh sebab ini lah, saya juga dapat kelebihan dimana kulit muka saya semakan halus dan parut jerawat semakin pudar.
7 Cara Mengurangkan Sakit Ketika Kedatangan Haid (Senggugut)
1. Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan cikpuan. Banyakkan berzikir dan berdoa.
2. Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif
Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.
3. Awasi Garam dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.
4. Gunakan pad pemanas
Pad pemanas boleh dibeli di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Cara yang lebih murah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuaman. Cik puan juga boleh mandi air hangat/suam untuk mengurangkan kesakitan.
5. Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Cik puan juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
6. Minum air suam.
Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam.
7. Berjumpa doktor
Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.
Untuk dapatkan harga special sila hubungi saya :)
Untuk pertanyaan, konsultansi dan harga best boleh hubungi saya di:
Syairah Amirah
ID Shaklee : 963203
email: wutira@gmail.com
SmS / Whatsapp : 017-5650 783


No comments :
Post a Comment